Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid merayu kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar membenarkan bapanya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menunaikan umrah pada bulan Ramadan ini.
Menerusi status di laman Instagram miliknya hari ini, Nurul Hidayah memberitahu sudah menjadi kebiasaan Ahmad Zahid menunaikan umrah pada 10 Ramadan terakhir sejak 30 tahun lalu.
Katanya, bapanya yang juga Presiden UMNO dan Ahli Parlimen Bagan Datok, tidak akan melarikan diri, malah turut tidak mempunyai masalah sekiranya dikawal oleh polis sepanjang berada di Tanah Suci.
Tambahnya, 10 Ramadan Terakhir Sangat Besar Maknanya Buat Bapanya Di Mekah
” Tolong benarkan abah saya ke Mekah untuk menunaikan umrah pada 10 terakhir Ramadan. Sesiapa yang terbaca status ni dan tahu bagaimana untuk berhubung dengan YAB Tun sila DM sy.
” Dan jika ada sahabat yang mengenali saya dan keluarga secara rapat suatu ketika dahulu yang kenang akan persahabatan ini, mohon bantu panjangkan kepada pihak Tun,” ujarnya menerusi Instagram.
Selain itu, Nurul Hidayah turut menulis diruangan kapsyen memohon orang ramai supaya memberitahu beliau bagaimana cara untuk berhubung dengan Tun M
” Sesiapa yang terbaca status ni dan tahu bagaimana untuk berhubung dengan YAB Tun sila DM sy. Dan jika ada sahabat yang mengenali saya dan keluarga secara rapat suatu ketika dahulu yg kenang akan persahabatan ini, mohon bantu panjangkan kepada pihak Tun”
Perbicaraan Zahid Ditetapkan Pada Julai Ini
Terdahulu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 18 hari bermula 8 Julai depan untuk perbicaraan 47 kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akal Budi yang dihadapi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Tarikh itu ditetapkan Hakim Collin Lawrence Sequerah pada sebutan kali pertama kes itu selepas dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Collin menetapkan 8 hingga 11 dan 15 hingga 17 Julai, 5 hingga 8 dan 19 hingga 22 Ogos serta 10 hingga 12 September untuk perbicaraan kes itu selepas dipersetujui pihak pendakwaan dan pasukan pembelaan.
Pendakwa Raya diketuai Datuk Raja Rozela Raja Toran manakala Ahmad Zahid diwakili beberapa barisan peguam diketuai Hisyam Teh Poh Teik.
Terdahulu kesemua 47 pertuduhan itu dibacakan semula dan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mengekalkan pengakuan tidak bersalah.
Sementara itu berdasarkan artikel yang dimuat oleh Malaysiakini bertarikh 1 Julai 2018, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak disekat oleh Jabatan Imigresen untuk ke luar negara setakat ini (tarikh tersebut)
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata nama Ahmad Zahid tidak dimasukkan dalam senarai nama yang dikenakan sekatan.
SUMBER : IG Nurul Hidayah