"Cari Pasal.." - Pemandu Grab Buat Laporan Polis Terhadap Penumpang Biadap Hina Islam

“SAYA tidak kisah dia membatalkan tempahan Grab (perkhidmatan e-hailing), tetapi lelaki terbabit turut mengh1na Melayu dan Islam,” kata pemandu e-hailing, mahu dikenali Murshid, 37.

Menurut Murshid, kejadian berlaku apabila dia menerima tempahan daripada penumpang itu di Jalan 51A/225 Seksyen 51 A, Petaling Jaya, pada 9.56 malam, semalam.

Katanya, pelanggan menggunakan nama Mac terbabit membuat tempahan e-hailing itu untuk pergi ke Damansara, Petaling Jaya.

“Susulan itu, saya segera ke lokasi terbabit yang terletak kira-kira 3 kilometer dari lokasi saya dan mengambil masa lebih kurang dua minit ke sana.

“Ketika dalam perjalanan, saya menerima mesej daripada individu terbabit yang ditulis dengan kata-kata kesat dan mengh1na Melayu serta Islam.

“Antara kandungan mesej terbabit adalah ‘Dumb Idiot, I am not gonna give you free money Melayu Bod0h dan Die in Hell’, selain turut mengh1na Allah. Lelaki terbabit turut membatalkan tempahan berkenaan.

“Saya tidak tahu mengapa individu terbabit menghantar mesej begitu, tetapi saya terus ke lokasi berkenaan untuk mengesan individu berkenaan berikutan jaraknya tidak jauh daripada lokasi saya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Murshid berkata, apabila tiba di lokasi berkenaan dia mendapati ada dua individu, masing-masing lelaki dan wanita, dalam kereta Toyota Vios.

Katanya, bagi mendapatkan kepastian dia bertanya kepada lelaki berusia lingkungan 20-an terbabit sama ada dia membuat tempahan dan menghantar mesej itu atau sebaliknya.

“Pada mulanya dia menafikan tetapi selepas didesak akhirnya lelaki mengaku dia adalah individu yang membuat tempahan (e-hailing) menggunakan nama Mac terbabit dan menghantar mesej berkenaan.

“Kawan wanita yang ada bersamanya cuba mententeramkan keadaan supaya tidak berlaku perg4duhan dan susulan itu saya beredar dari situ,” katanya.



Katanya, susulan kejadian dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada 1.22 pagi, hari ini, untuk tindakan lanjut.

“Difahamkan, lelaki itu turut membuat laporan polis berhubung kejadian.

“Saya berharap pihak polis dapat mengambil tindakan sewajarnya kerana individu terbabit melemparkan kata-kata k3sat dan turut membuat pengh1naan kepada Melayu dan Islam,” katanya.

Kejadian itu turut tular apabila ahli keluarga Murshid memuat naik gambar laporan polis bersama mesej yang dihantar individu terbabit di Facebook, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

“Siasatan lanjut dilakukan Jabatan Siasatan J3nayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor untuk tindakan mengikut Seksyen 298 Kanun Kes3ksaan kerana mengeluarkan kenyataan meluk4kan perasaan umat Islam,” katanya.

SUMBER : KL Viral