Jom Amalkan Di Bulan Ramadhan Ini, Amalkan setiap hari dibulan puasa ini untuk mendapatkan kesihatan yang baik, tubuh yang cergas, minda yang cerdas, mata yang sihat dan badan yang bertenaga! Air nabeez adalah air rendaman kurma di rendam dalam air masak untuk semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan diminum keesokkan paginya.
Mengikut laporan Air Nabeez ini adalah minuman kegemaran Rasulullah SAW. Nabi akan rendam beberapa biji buah kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam bekas tertutup) dan minum air rendaman kurma itu di waktu pagi. Air itu Nabi minum dan buah kurma yang sudah lembik itu, Nabi telan sekali. Oleh itu Air Nabeez ini dikatakan sebagai Sunnah Nabi.
Khasiat Air Rendaman Kurma Nabeez
Kebaikan Buah Kurma
Kebaikan kurma sememangnya telah terbukti sangat baik untuk kesihatan.
Terlalu banyak khasiat dan manfaat air rendaman kurma untuk ibu hamil dan bayi. Malahan buah kurma itu sendiri telah menjadi sunnah Rasulullah SAW seperti yang diceritakan oleh ramai orang terutamanya orang-orang tua dahulu.
Nabi Muhammad SAW bersabda :
“Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”.
Nabi Muhammad SAW bersabda :
“Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”.
Sabda Rasulullah SAW :
“Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwa, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir di hari itu”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari)
Dari Segi Kesihatan Tubuh Badan, Kurma Telah Dibuktikan Sebagai :
Pemberi dan pemulih tenaga (ini antara sebab kita disunatkkan memakan kurma sebaik berbuka puasa)
Tinggi kandungan fiber – menggelakkan kolestrol jahat dari terkumpul di dalam badan. Sangat bagus dalam mengelakkan sembelit (atau meredakan dan memulihkan diri dari sembelit)
Pemberi zat besi yang sangat bagus.
Kaya pottassium – penting dalam penjagaan jantung dan menstabilkan tekanan darah.
Khasiat Air Buah Kurma yang Direndam
Buah Kurma yang direndam dalam mangkuk selepas semalaman untuk dibuat Air Nabeez.
Air Nabeez ini adalah minuman berakali yang mampu menolong membuang asid dari perut dan sistem pencernaan badan. Juga turut membantu badan untuk menyingkirkan bahan toksin dari badan. Dalam ertikata lain sebagai detox dengan menggunakan bahan semulajadi iaitu kurma. Petua ini telah terbukti dan ramai yang telah mengamalkan petua mujarab ini.
Disebabkan Air Nabeez ini tinggi kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik dan meningkatkan sertamenajamkan fikiran agar kita tidak mudah lupa. Ianya sangat bagus untuk mengembalikan tenaga serta memulihkan lemah tenaga batin.
Semoga Bermanfaat, jom kita amalkan sepanjang bulan ramadhan ini semoga memberikan kesan baik kepada tubuh kita, jangan juga lupa kongsikan artikel ini kepada sahabat kita yang lain.
SUMBER : Media