Tak Perlulah Beli Bawang Merah lepas Ini. Begini Cara Tanam Bawang Paling Win!

Bawang merah ni kalau tiada di dapur masakan bini tidak berapa sedap kan. Memang wajib ada untuk menambahkan lagi aroma masakan. Bawang merah dimasak dengan apa sahaja pastinya sedap dan menyelerakan terutama dicampur dengan Mee Sup Kota Belud!

Kegunaan lain bawang merah ni ialah daunnya boleh dicampurkan dengan sup untuk menaikkan lagi wangi sup tersebut. Kulit bawang merah pula boleh di dikumpul untuk dijadikan baja subur pada tanaman.



Bawang merah mudah ditanam di dalam pasu ataupun dalam botol terbuang, malah ada yang menanam bawang merah ni pada batang pokok pisang. Memang kreatif dan menjimatkan ruang.

Caranya buat lubang pada batang pisang tersebut, dan letakkan sedikit tanah pada lubang kemudian letakkan biji bawang, selepas beberapa minggu anda akan lihat daun bawang mula tumbuh. Daun bawang boleh digunakan untuk menu masakan anda.



Selain itu, bawang boleh disemai dalam tray telur. Mula-mula basahkan tray dengan air, masukkan bawang ke dalam, letak di tempat yang gelap. Spray atau siram dengan air setiap hari agar bawang tumbuh dengan cepat dan tidak kering.



Untuk cara menanam dalam botol, lubangkan dahulu botol tersebut, masukkan bawang kedalam seperti dalam gambar dan tanah hitam campur cocopeat. Siram setiap hari.



Cara terakhir ialah melalui kaedah hidroponik menggunakan botol yang diisi dengan air dan baja, kat atas letak pasu semaian yang telah diisi tanah dan bawang, gunakan tali mop yang disambung dari lubang pasu kecil tadi ke dalam botol yang berisi air.



Mudah kan cara tanam bawang ni, tidak perlu ruang yang luas, hanya gunakan bahan terpakai. Paling best tak perlu beli bawang dan daun bawang di kedai lepas ni.

SUMBER : Info Berita

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express