Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman menyindir Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana menggesa rakyat menolak kepimpinan Dr Mahathir Mohamad, tetapi tidak berbuat demikian ketika Najib Razak menjadi perdana menteri.

Syed Saddiq berkata, rakyat berpihak kepada Dr Mahathir, walaupun Tunku Ismail menggesa mereka supaya mengekalkan Najib sebelum pilihan raya umum tahun lepas.

“Persoalan saya kepada TMJ, kenapa dahulu bila satu dunia kenali Malaysia sebagai kleptorkasi, TMJ tidak suruh ‘tukar Najib’. Tetapi sekarang ini, suruh pula perdana menteri yang diberikan mandat oleh rakyat untuk ‘ditukar’,” katanya.

Syed Saddiq dipercayai merujuk satu rakaman video resposn spontan Tunku Ismail kepada seorang penyokong bola sepak minggu lepas bahawa daripada menukar jurulatih pasukan bola sepak Johor, adalah lebih baik menukar perdana menteri.

Kenapa Sebelum Ini Tak Mintak Tukar?



Beliau juga menyindir Tunku Ismail yang meletak jawatan sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Mac lepas.

“Kalau nak jaga FAM pun sukar sampai terpaksa letak jawatan tidak sampai setahun, bayangkan tanggungjawab seorang perdana menteri yang ikhlas mahu memulihkan negara tercinta,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

“Kami berkhidmat demi rakyat. Jatuh bangun kerajaan ini adaIah di tangan rakyat. Ini negara demokrasi berpelembagaan, kata ahli Parlimen Muar itu lagi.

Terdahulu Dr Mahathir, yang dilihat merujuk kepada insiden sama berkata, hanya rakyat yang boleh mengubah kedudukannya sebagai perdana menteri, bukan Tunku Ismail.

Hubungan antara Putrajaya dan istana Johor tegang selepas Tunku Ismail secara terbuka menentang keputusan kerajaan meratifikasi Statut Rom.

Tekanan itu kemudiannya menyebabkan Kabinet memutuskan untuk menarik diri daripada menyertai Statut Rom, Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang ditandatangani pada 4 Mac.

Terlalu Angkuh Dan Biadap



Papagomo Juga Tidak Puas Hati Dengan Kenyataan Syed Saddiq



SUMBER : KL Viral

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express