Kunyit Hitam (Kaempferia parviflora) adalah sejenis tanaman herba yang amat bernilai tinggi dan digunakan secara tradisional sebagai aphrodisak atau meningkatkan ghairah s3ks, sebagai tonik badan serta mempunyai ciri-ciri antiradang, antigastrik dan antiobesiti yang telah dibuktikan melalui kajian saintifik.

Selain itu, kunyit hitam dikatakan dapat memberi tambahan tenaga dan kekuatan badan. Ia juga digunakan dalam pelbagai produk perubatan, makanan, minuman dan kesihatan.

Bagi masyarakat Melayu, jus kunyit hitam yang dicampurkan dengan madu diminum sebagai jamu terutamanya oleh ibu selepas melahirkan bayi untuk mencuci darah dan mengecutkan rahim. Dalam perubatan Cina pula, kunyit hitam sudah lama digunakan bagi merawat masalah kemurung­an, menghilangkan kesan lebam, peredaran darah dan darah beku.

Di dalam perubatan Thai, kunyit hitam dikeringkan dan dijadikan serbuk dalam bentuk kapsul digunakan sebagai supplement untuk kesihatan dan juga bahan utama bagi meningkatkan tenaga dalaman lelaki. Rizom kunyit hitam mentah yang ditumbuk pula digunakan untuk merawat bisa patukan ular berbisa seperti ular tedung.

Seorang pengusaha tanaman herba, Othman Saidon yang juga pemilik Nurseri Rio Gemilang berkata, beliau pernah membeli benih kunyit hitam di Thailand dengan hharga RM200 sekilogram.

Saya baru tahu rupanya kunyit hitam ni mempunyai banyak manfaat dan kegunaan, bagi pengemar tanaman herba, pokok ini wajib korang tanam di halaman rumah.











SUMBER : Harian Metro

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express