Musim kemarau sudah masuk bulan ke 4, banyak tanaman kering dan mati walaupun disiram tiap hari. Ada juga customer mengeluh banyak bibit buha-buahan yang mereka beli dari saya tidak dapat diselamatkan kerana cuaca terlampau panas.
Jika kemarau berterusan hingga bulan Mei kemungkinan lebih banyak tanaman akan mati dan tentunya kos kerugian juga meningkat. Bayangkan, walaupun tanaman disiram waktu pagi dan petang tapi masih ada pokok yang mula kering dan perlahan-lahan mati.
Mujurlah terjumpa satu idea yang di kongsikan oleh M Bangla ni. Mungkin ini dapat menyelamatkan tanaman dari kepanasan. Teknik ini amat sesuai untuk tanaman yang masih kecil.
Hanya menggunakan botol terbuang, potong dibahagian bawah dan buat lubang untuk masukkan tali atau besi dan gantungkan diatas pokok dengan menggunakan kayu. (Lihat gamabr di bawah).
Adjust penutup botol supaya air menitik perlahan-lahan dan tidak terlalu banyak air mengalir keluar. Letakkan betul-betul dibawah pokok supaya daun-daun dapat minum dan sentiasa segar sepanjang hari,
Teknik ini mampu melembabkan tanah serta tanaman sepanjang hari berbanding dengan kita siram waktu pagi, tak sampai petang tanah sudah mula kering dan daun mula layu. Kotang boleh cuba dan tengok hasilnya. Memang amat berkesan.
Gantungkan botol seperti dalam gambar dibawah, air boleh bertahan selama 4-5 hari tanpa menyiram. Teknik ini sangat membantu terutama mereka yang tidak ada sistem pengairan yang baik. Tidak perlu buat kerja menyiram selama beberapa hari, bolehlah buat kerja lain di kebun seperti merumput dan sebagainya.
https://youtu.be/0o-2vbxf-nY
SUMBER : M Bangla
Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express