Ibu kepada bintang ragbi New Zealand, Sonny Bill Williams, Lee Williams, dilaporkan memeluk agama Islam bersama dengan rakan baiknya susulan pasca tragedi solat Jumaat yang mengo rbankan 50 nyawa.
Salah seorang yang mengesahkan perkara itu adalah pendakwah terkenal Britain, John Fontain menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya.
Laporan Daily Mail juga menyebut, imam yang berpangkalan di Zimbabwe, Sajid Umar juga meraikan berita gembira itu menerusi perkongsian di Twitter.
Fontain turut berkongsi gambar yang menunjukkan rakan baik Williams, Ofa Tu’ungafasi turut memeluk Islam pada Rabu, bersama-sama Lee.
Lee bersama Tu’ungafasi dikatakan mula menerima Islam selepas serangan di dua buah masjid di Chr!stchu rch.
Williams, merupakan juara dua kali Piala Dunia Ragbi dan pemain Muslim pertama yang bermain untuk pasukan All Blacks.
Dia berkongsi kesedihannya di media sosial selepas mengetahui ins iden yang berlaku di Chr!stchu rch, selain turun melawat mangsa di hospital.
SUMBER : Astro Gempak
Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express