Selebriti media sosial dan usahawan, Sajat dilaporkan mengidap penyakit misteri sehingga terpaksa ditahan dan dirawat di hospital sejak Jumaat lalu.
Sehingga Ahad, Sajat dilaporkan semakin pulih dan sudahpun dibenarkan pulang ke rumah.
Sedutan video usahawan berkenaan terlantar di hospital dan ditemani keluarganya dimuat naik oleh pembantu peribadinya di Instagram peribadinya,
Komen Ibu Sajat
Dalam video itu, ibu Sajat, Maimon Omar enggan mengulas lebih lanjut mengenai penyakit misteri yang dihidapi anaknya.
Maimon sekadar memberikan reaksi bahawa anaknya sudah semakin pulih namun kini memerlukan rehat yang cukup.
“Kita berubat saja, biasalah. Tak nak tuduh siapa-siapa,” kata ibu Sajat.
Dalam pada itu, Sajat memuat naik satu entri yang meluahkan pengalamannya sepanjang bertarung melawan penyakit misteri itu pada Isnin.
“Bila saya sakit,anak- anak adalah pembakar semangat saya,” ujar Sajat.
Usahawan itu turut berkongsi telatah anaknya yang baru berumur empat tahun sudah mampu memahami dan mengambil berat akan keadaannya walaupun sakit.
Komen Terbaru Sajat Tentang Apa Yang Dia Hadapi
Bila saya sakit,anak anak adalah pembakar semangat saya!! temani saya,walaupun minggu ini cuti sekolah mereka..saya dah janji nak bawa pergi bercuti,syaza syahmi asyik teman saya kat katil sahaja… Saya tak boleh lemah,saya kena kuat,saya kena kerja demi keluarga saya.. dah lama sangat saya berehat.. terima kasih anak anak ku.. kerana fahami ummi ketika ummi rebah,sentiasa doakan ummi,sentiasa berada dengan ummi ketika ummi sakit,jatuh,sedih atau apa apa sahaja keadaan ummi. Mereka baru 4 tahun,tetapi selalu tanya..`ummi!!! bangun lah…kenapa ummi sakit,ummi kena makan,nenek dah masak untuk ummi,ummi kenapa tak mandi lagi??macam macam mereka tanya.. Walaupun pun mulut saya susah nak bercakap..lemah badan,Ya Allah…terima kasih untuk sakit ku ini,dalam sakit aku bangkit dalam tabah untuk harungi liku liku kehidupan..dalam susah,baru kita tahu,siapa kawan,siapa sahabat,dan siapa yang ambil tahu pada kita. Doa doa kalian,adalah pembakar saya untuk saya kuat.. terima kasih semua nya..buat sahabat2 saya,terima kasih doakan sajat,buat mak ayah terima kasih menjaga sajat,dan sentiasa berada disamping bila sajat memerlukan.. sajat minta maaf sangat2 time sajat sakit ini,ada event yang sajat tak dapat hadir,maafkan saya..salam sayang buat anda semua nya… amin
Rakaman Video Ibu Sajat Ditanya Anaknya Sakit Apa
https://youtu.be/XGEQORLAg8I
SUMBER : KL Viral