“Mana Kau Acab” -Esok Hari Terakhir! Pihak Berkuasa Mahu Hentikan Misi Pencarian

Buntu dan bagaikan hilang punca, telah masuk hari ketujuh dan misi pencarian Mohd Ashraf masih lagi dilakukan sejak dilaporkan hilang pada 23 Mac lalu.

Mohd Ashraf yang tidak dapat dijejaki selepas menjadi salah seorang peserta larian di bawah anjuran Gopeng Ultra Trail, didakwa tidak tiba di garisan penamat pada masa yang ditetapkan meskipun di antara pelari terawal.

Tiada Petanda Ditemui

Sehingga kini, misi pencarian menjadi semakin sulit kerana tidak ada langsung petanda yang dijumpai malah dikhabarkan pihak berkuasa akan menamatkan pencarian mengikut prosedur.

Melalui Facebook rasmi Seladang Perak, mereka menyeru agar ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dalam apa segi pun supaya dapat meneruskan misi mencari Ashraf.



Pasti ahli keluarga Ashraf tidak sabar menanti kepulangannya, semoga dipermudahkan urusan misi pencariannya dan ditemukan dengan segera.

SUMBER : Seladang Perak

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express