“Maafkan Saya.. Kali Ini Saya Sakit..” Sajat Terlantar Di Hospital Terkena Penyakit Misteri

Usahawan berstatus jutawan yang kini dah bergelar selebriti iaitu Nur Sajat telah ditimpa ujian dan dugaan apabila kini ditahan dan dimasukkan ke hospital.

Melalui perkongsiannya, Sajat berkata dia dah buat bermacam ikhtiar namun masih tak baik dan sembuh, dikataan ianya seperti Sajat dah terkena penyakit misteri.



Ini Caption Dari Sajat :

“Maafkan saya… kali ini saya sakit… macam macam berubat.. tak baik baik,”

Malah, pembantu peribadi Sajat yang dikenali sebagai Mokkay itu telah memeuat naik video dimana Sajat kini sedang terlantar di hospital.

“Doakan terbaik buat bos saya nursajat…now dia dalam keadaan lemah dan tak sedar diri… kami dari team nursajat, mendoakan bos cepat sembuh dari penyakit mesteri… (PA)[at]mokkay_,”

Bagaimanapun punca masalah kesihatannya ketika ini masih dalam periksaan.

Ini Komen Wakil Pihak Sajat :

“Setakat ini, penyakitnya misteri memandangkan semuanya baik belaka. Cuma setakat ini, ia mungkin ada kaitan dengan depresi. Sajat dikejarkan ke sebuah pusat rawatan di Ibu Kota sekitar jam 11.00 malam tadi. Doakan semuanya dipermudahkan”

Sementara itu, jika dilihat di Instagram Mokkay pula, PA Sajat ini ada memuat naik status agar netizen sama-sama mendoakan kesihatan kawan baiknya itu.

Para follower telah sama-sama mendoakan agar Sajat yang popular dengan lagu Makhluk Penggoda itu diberikan kesembuhan yang baik.

Sajat mula popular setelah terlibat dalam beberapa lagu terutama bersama rakan usahawan iaitu Aliff Syukri seperti lagu Abang Nak Tegur, dan Bobo Dimana.

SUMBER : Media Hiburan