Kaedah 'cutting' melalui dahan ini boleh dilakukan sesiapa sahaja. Anda hanya perlu ikut langkah-langkah yang saya kongsikan dibawah.
Cara-Caranya :
Cantas salah satu dahan dari pokok jambu yang sudah berbuah, potong pendek-pendek seperti dalam gambar diatas, pastikan daun dipotong separuh.
Tanam tunas yang sudah di potong tadi ke span setelah di beri hormon penggalak akar. Hormon penggalak akar dapat membantu pokok mengeluarkan akar lebih cepat. Korang boleh beli di kedai kimia atau kedai yang menjual racun.
Selepas itu rendam kedalam air yang bersih selema beberapa minit, kemudian letakkan tunas tadi secara menegak di dalam baldi atau besen yg berisi air, jangan sampai daun tenggelam, tunggu sehingga akar keluar, lebih kurang 1 bulan.
Inilah hasilnya selepas sebulan. Akar dah mula keluar.
Kemudian pindahkan di tempat terbuka, tanam dalam bekas cawan yang diisi tanah hitam + cocopet , pastikan siram setiap hari.
Pindahkan ke polybag.
Pindah ke polybag yang lebih besar.
Ini lah hasilnya, pokok mula berbuah seawal 6 bulan keatas. Anda boleh tanam dalam pasu atau terus ke tanah.
SUMBER : Info Berita
Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express