“Ada ‘Benda’ Lain Juga Hidup Disini.” -Kehilangan Peserta Larian Ashraff, Ada Unsur Mistik?

Sudah masuk hari ke-5, namun masih tidak ada lagi berita mengenai Mohammad Ashraff Hassan, iaitu salah seorang peserta larian anjuran Gopeng Ultra Trail yang hilang ketika aktiviti dijalankan.

Bagaimanapun, misi mencari dan menyelamat masih lagi giat diteruskan sehingga ke kawasan Batu Putih, difahamkan mangsa adalah antara peserta 10 terawal tetapi agak aneh dia tidak sampai ke garisan penamat.

“Dia Ada Tolong Seseorang Ambil Gambar Atas Bukit”

Menerusi perkongsia di Facebook Gopeng ULTRa, pengurus larian memaklumkan beberapa tempat lokasi akhir Ashraff sebelum hilang, malah pihak mereka juga berharap akan ada pelari yang perasan dan ingat akan keberadaan mangsa.

Menurut salah seorang peserta bernama Dewi, sebelum hilang dia ada meminta tolong Ashraff mengambil gambarnya dan setelah itu mereka meneruskan larian.



Keluarga Berkumpul, Solat Hajat Untuk Ashraff

Difahamkan,keluarga Ashraff serta pasukan GUT tiba di tempat kejadian bagi melakukan solat hajat dalam usaha mengesan lokasi sebenar Ashraff berada.



Disorok Bunian?

Sukar untuk dipercayai namun ada kemungkinan kehilangan Ashraff berkait rapat dengan unsur mistik kerana, selalunya jika ada yang sesat pasti dapat ditemui sekurang-kurangnya dalam masa sehari.

Menurut salah seorang penduduk di situ, ada sebuah penempatan makhluk halus di kawasan tersebut malah ada saksi yang mengatakan ternampak kelibat sekumpulan lelaki dan wanita naik ke bukit dengan membawa obor.









Semoga segala usaha yang dilakukan dapat mengembalikan Ashraff kepada keluarganya, berharap dia dalam keadaan selamat walau dimana pun dia berada kini.

SUMBER : Oh Mymedia

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express