Terung putih mempunyai bentuk dan saiz seperti sebiji telur. Pasti anda menyangka ini adalah telur dan bukannya terung saat pertama kali terpandangkannya bukan?
Terung putih dikatakan lebih mudah tumbuh dan dipelihara. Terung putih ini berasal dari Netherlands. Kulitnya berwarna putih dan berkilat. Saiz terung ini ialah antara 8-13 sentimeter panjang dan mempunyai berat antara 120-150 gram.
Penghasilan terung putih ini sangat tinggi dan selalunya boleh dituai ketika musim panas atau musim luruh. Pada masa ini, jika anda menanam lebih banyak, sudah cukup untuk seluruh keluarga makan. Terung putih boleh ditanam dari balkoni rumah anda sahaja.
Rasa terung putih adalah seperti timun. Nilai pemakanannya sangat tinggi sehingga dapat merawat beberapa penyakit ginekologi, melancarkan aliran darah dan merawat masalah berkaitan dengan kitaran haid. Selain itu, khasiat terung putih ialah melancarkan sistem penghadaman.
Terung putih kelihatan sangat cantik dan dikatakan lebih baik daripada tumbuh-tumbuhan lain seperti lobak, spider plant dan monstera. Mari pelajari kaedah penyelenggaraan tumbuhan unik ini.
1. Penyemaian
Selalunya, benih terung putih disemai ketika musim bunga setiap tahun. Sebelum menanam, benih terung putih perlu direndam di dalam air suam pada kira-kira 25 ° C dan dikeluarkan selepas 3 jam.
Kaedah ini boleh menggalakan percambahan benih dan meningkatkan kadar kejayaan penyemaian dan pembiakan. Kemudian benih boleh ditaburi secara terus di dalam pasu. Jika benih masih basah, tutupkan benih tersebut dengan lapisan tanah yang nipis, sebaiknya gunakan pasir halus.
Biasanya selepas 8 hari disemai, benih akan bertunas dan dalam masa setengah bulan, beberapa helai daun akan tumbuh.
2. Penyiraman Air
Tidak kira tumbuhan apa pun, penyiraman sangat penting dan tumbuhan tersebut dapat hidup dengan subur jika kita menyiramnya dengan betul. Jika menanam terung putih di balkoni, tanah mestilah sentiasa lembap.
Apabila menyiram air, perkara yang perlu diberi perhatian ialah kelembapan tanah. Untuk mengelakkan akar menjadi busuk, jangan biarkan bekas tanaman ditakungi air.
Jika kaedah penyiraman tidak betul kesannya ialah daun akan menjadi kuning, pokok kurang berbunga dan akhirnya akan menjejaskan pertumbuhan normal terung putih tersebut.
Ketika musim panas di mana suhu lebih tinggi, adalah dicadangkan untuk menyiram tumbuhan tersebut pada waktu pagi atau petang.
3. Pembajaan
Setiap tumbuhan perlu diberi baja yang bersesuaian supaya dapat tumbuh dengan sihat dan segar.
Secara umumnya, terung putih dapat dituai pada musim panas. Pada masa ini, penggunaan baja organik sangat membantu untuk mengelakkan pertumbuhan pokok terung putih. Kita juga boleh menggunakan air basuhan beras untuk menyiram tumbuhan kerana ia mengandungi banyak nutrien.
Kaedah penanaman terung putih ini sangat mudah bukan? Jika anda berminat, cubalah tanam pokok ini di balkoni rumah anda. Dalam masa dua bulan, anda akan mendapat hasilnya. Selamat mencuba!
SUMBER : Happy Share
Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express