Gambar tersebut memaparkan beliau memakai pingat di dada dan ramai netizen menyangka Erma telah dianugerahkan dengan gelaran Dato’.
Terbaru Erma memuat naik sekeping lagi gambar untuk memberikan penjelasan tentang gambar-gambar sebelumnya.
“Salam.. Saya ingin memberi sedikit pencerahan di sini. Gambar saya upload sebelum ini ramai yang menyangka saya dapat pingat Dato.
"Sukacita dimaklumkan bahawa pingat yang saya pakai di dada itu sya dapat beberapa tahun yang lalu dari Yang DiPertuan Agong,” jelas Erma.
Dia memberitahu, majlis yang dihadirinya mewajibkan beliau memakai pingat yang pernah diperolehi sebelum ini.
"Saya belum layak mendapat gelaran Dato jadi jangan silap sangka,” pesan Erma lagi.
SUMBER : Instagram Erma Fatima
Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express