Kecoh apabila baru-baru ini dimaklumkan bahawa penyampai Suria FM yang juga pelawak Shahrol Shiro telah ditamatkan kontraknya disebabkan masalah disiplin. Difahamkan, Shahrol selalu tidak datang kerja tanpa membuat sebarang pemberitahuan.

Menurut Pengurus Kanan Suria, DJ Lin menyatakan penamatan kontrak itu dibuat kerana pihaknya tidak berpuas hati dengan prestasi kerja pelawak itu yang dianggap mengecewakan.

Shahrol yang baru sahaja menjuarai Maharaja Lawak Mega sepatutnya mengikat kontrak selama setahun namun ekoran dari masalah disiplinnya, pihak mereka terpaksa menamatkan kontraknya pada 11 Januari yang lalu.



Ingkar arahan dan selalu ambil MC…

Menurut DJ Lin, Shahrol bukan sahaja tidak menunjukkan prestasi yang baik malah dia juga didapati enggan mengikut arahan, kerap mengambil MC, dan jarang hadir dalam majlis yang dianjurkan Suria.

Namun, pengumuman itu dibuat agak lewat kerana tidak mahu mengganggu fokus Shahrol yang ketika itu terlibat dalam Maharaja Lawak Mega. Shahrol juga pada masa yang sama, telah mengesahkan secara rasmi sudah menamatkan kontrak setelah hampir enam bulan bertugas sebagai penyampai radio di Suria FM.



Suria FM cari pengganti Shahrol…



Difahmakan, pihak Suria FM kini sedang mencari penyampai baru bagi menggantikan Shahrol dalam segmen Team Pagi Suria bersama Issey dan Fizi Ali dalam masa terdekat ini.

SUMBER : MStar Online

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express