Di China terdapat pelbagai benda dan barangan yang boleh dipalsukan termasuk dad4h yang haram. Salah seorang yang telah terkena dan tertipu ketika membeli dad4h ialah seorang lelaki bernama Wang Nan dari Bandar Lianyungang, Wilayah Jiangsu.

Pada 15 Januari, Wang Nan telah membeli dad4h jenis sy4bu daripada seorang lelaki bernama Zhou. Dengan tidak disangka, ketika mahu menggunakannya, sy4bu itu didapati palsu kerana Zhou telah menggantikannya dengan sebungkus gula batu.



Oleh kerana Wang Nan berasa sakit hati kerana telah ditipu dan untuk mendapatkan wangnya kembali, Wang Nan telah membuat laporan polis di balai polis berdekatan. Apabila pihak polis menyoalnya mengenai dad4h sy4bu itu, Wang Nan telah mengaku yang dia telah mengambil dad4h dan akhirnya dia ditahan.



Ketika ditahan dan membuat laporan polis, Wang Nan secara jujur telah mendedahkan yang dia telah membeli 1.59 gram sy4bu daripada seorang pengedar dad4h bernama Zhou pada 15 Januari dengan harga 1400 yuan (kira-kira RM800). Selepas mendapat bekalan itu, Wang Nan membawa ‘sy4bu’nya ke rumah untuk dihis4p, tetapi dia berasa lain. Didapati objek keras berwarna putih gula itu adalah gula batu. Wang menjadi sangat marah dan mahukan wangnya kembali.



Pihak polis kemudian memeriksa dan menimbang ‘sy4bu’ itu yang berada di tangan Wang Nan, dan ternyata keterangan Wang Nan adalah benar bahawa dad4h yang dibelinya adalah palsu kerana ia hanya terdiri daripada bungkusan gula batu.

Oleh kerana Wang Nan tidak berselindung dan terus mengaku bahawa dia adalah pen4gih dad4h dan pernah memiliki dad4h, maka dia telah ditahan oleh pihak polis. Dan tidak lama kemudian, oleh kerana Wang Nan memberi petunjuk mengenai peng3dar dad4h bernama Zhou, maka Zhou juga telah ditangkap dan ditahan polis.

SUMBER : Shihua Daily

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express