TIGA puluh empat individu cdera dalam ltupan mercun di atas jambatan persimpangan bertingkat Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) berhampiran Kuil Sri Subramaniam, Batu Caves , jam 8.20 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, siasatan awal mendapati seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun datang ke kuil berkenaan bersama dua rakan bagi upacara keagamaan.

“Suspek kemudian membakar mercun bagi tujuan meraikan dan menyambut Thaipusam. Tiba-tiba mercun itu yang sepatutnya meletup di udara meletup di atas jalan raya.

“Akibat ltupan itu menyebabkan orang ramai yang berada berhampiran lokasi terbabit cdera.

“Suspek kemudian ditahan sejurus selepas kejadian,” katanya pada sidang media, di Pondok Polis Batu Caves, di Batu Caves, hari ini.

Samsor berkata, daripada 34 individu yang cdera, enam mangsa dihantar ke Hospital Selayang, Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Sungai Buloh.

“28 individu lagi dihantar ke Klinik Kesihatan Sementara di Batu Caves bagi mendapat rawatan lanjut.

“Kejadian itu turut mengakibatkan tiga kenderaan, Nissan Serena, Proton Exora dan kereta Perodua Myvi yang diletakkan berhampiran lokasi terbabit rosak,” katanya.

Katanya, polis sudah menahan seorang lagi suspek berusia 28 tahun kira-kira jam 1 pagi tadi.

Ia menjadikan dua suspek ditahan polis, setakat ini.

“Kami masih mengesan seorang lagi rakan suspek dikesan yang terbabit dalam kejadian ini.

“Setakat ini, kami sudah menerima dua laporan polis dibuat pemilik kenderaan yang rosak akibat insiden itu,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis tiada mengeluarkan permit bagi pembakaran mercun atau bunga api pada sambutan Thaipusam.

“Insiden ltupan mercun ini bukanlah suatu perbuatan khianat, sebaliknya adalah satu insiden yang berlaku secara spontan di mana tujuan suspek membakar mercun bagi meraikan perayaan Thaipusam.

“Sepatutnya, mercun itu meletup di udara apabila dibakar tetapi atas masalah teknikal mercun berkenaan meletup di atas jalan,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 286 Kanun Keseksaan kerana kesalahan kelakuan cuai dengan sebarang bentuk benda ltupan.

https://youtu.be/_qu7MoffXHo

SUMBER : Harian Metro

Mercun Meletup Di Jalan Raya Cderakan 34 Pengunjung Batu Cave

Seramai 34 orang cdera akibat terkena ltupan mercun ketika sambutan Thaipusam berhampiran Kuil Sri Subramaniar di Batu Caves di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Samsor Maarof berkata kejadian dipercayai berlaku apabila seorang lelaki yang datang bersama dua rakannya untuk meraikan perayaan itu membakar mercun di Persimpangan Bertingkat Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) kira-kira 8.40 malam.

“Tiba-tiba mercun itu yang sepatutnya meletup di udara telah meletup di atas jalan raya, menyebabkan beberapa orang yang berada berhampiran kawasan berkenaan mengalami kecederaan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian lewat malam tadi.

Beliau berkata tiga mangsa dihantar ke Hospital Selayang, dua lagi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur, seorang mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh manakala 28 lagi dihantar ke klinik kesihatan berhampiran.

Insiden turut menyebabkan tiga kenderaan yang terdiri daripada Nissan Serena, Proton Exora dan perodua Myvi, mengalami kerosakan.

Katanya polis tidak mengeluarkan permit bagi pembakaran mercun atau bunga api pada sambutan Thaipusam.

“Bagaimanapun insiden ltupan mercun ini bukanlah suatu perbuatan khianat, tetapi sebaliknya adalah satu insiden yang berlaku secara spontan di mana tujuan suspek membakar mercun untuk meraikan Thaipusam. Kemungkinan mercun itu sudah mencapai tarikh luput,” katanya.

Susulan itu, beliau berkata polis menahan lelaki berusia 23 tahun itu yang merupakan seorang penari dan seorang rakannya yang berusia 28 tahun pada pukul 1.00 pagi tadi bagi membantu siasatan.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 286 Kanun Keseksaan kerana kelakuan cuai berkenaan dengan benda ltupan.

SUMBER : Mstar Online

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express