SELEPAS tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR), kenderaan utitiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 putih yang terbenam dalam laut di tiang 34 Jambatan Pulau Pinang berjaya dinaikkan, hari ini.

Kenderaan terbabit dinaikkan jam 5.50 petang dan turut kelihatan mayat mangsa Moey Yun Peng, 20, masih berada di tempat duduk pemandu.

Ia berjaya dinaikkan selepas percubaan kali kedua apabila percubaan pertama jam 5 petang gagal selepas tali tercabut dari cangkuk kren berkenaan.

Bagaimanapun, usaha gigih pasukan penyelam yang menyambung kembali tali kira-kira 30 minit kemudian membolehkan ia ditarik kren.



Orang ramai yang berada di atas jambatan turut bersorak gembira sejurus melihat Mazda CX-5 itu dinaikkan.

May4t dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

Cabaran Yang Terjadi Sebelum Berjaya Angkat SUV



OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) untuk menarik kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 putih dari laut gagal selepas tali terlucut daripada cangkuk kren ketika cuba ditarik naik, hari ini.

Percubaan pertama untuk menarik SUV itu pada 5 petang, hari ini menemui kegagalan, namun pasukan penyelamat akan cuba untuk menyambung semula tali yang tercabut dari cangkuk itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, setakat ini pasukan penyelam akan cuba untuk memasang tali terbabit semula.

“Kemungkinan ia akan mengambil masa namun kita akan mencuba sedaya upaya melakukan yang terbaik bagi memastikan kerja menarik kenderaan itu berjalan lancar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Difahamkan, untuk menyambung semula tali yang tercabut itu kemungkinan mengambil masa lebih 30 minit.

SUMBER : Hmetro Online

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express