3 teknik atau kaedah percambahan benih yang wajib digunakan oleh pembaca untuk menyemai benih bagi mendapatkan cambahan benih yang tinggi. Untuk pengetahuan pembaca semua, Setiap benih mempunyai tingkat perbezaan percambahan di antara satu dengan lain berdasarkan beberapa kreteria seperti saiz, bentuk, ketebalan kulit dan ketahanan pada suhu serta kedalaman menyemai.

Tempoh percambahan benih sawi tak sama dengan benih terung. Begitu juga dengan benih strawberry dengan benih buncis. Oleh yang demikian, maka kita harus menggunakan beberapa teknik yang sesuai dan boleh membantu untuk percambahan benih seperti mana disarankan oleh pakar-pakar pertanian selain cara percambahan secara manual.

Umumnya terdapat 3 teknik mencambahkan benih yang sering digunakan iaitu kaedah scarificationatau skarifisasi, kaedah Stratification atau stratifikasi dan soaking atau rendaman. Setiap benih sesuai menggunakan 1 atau dua teknik ini untuk bercambah.

PERCAMBAHAN MELALUI TEKNIK SKARIFISASI

Apakah maksud skarifisasi (scarification) dalam bidang pertanian? scarifisasi bermaksud mengupas, mengikis, melukakan benih-benih yang yang mempunyai benih berkulit tebal dan keras agar kelembapan boleh masuk ke dalam benih bagi mempercepatkan percambahan benih tersebut. Teknik scarifisasi ini boleh dibahagikan kepada 3 kaedah seperti:

1. Skarifisasi secara mekanikal - Menggunakan tukul, pisau, batu keras, alat pemotong kuku, kikir dan kertas pasir untuk memecahkan, melukakan dan mengikis kulit benih yang keras tersebut. Cukup sekadar terluka kulitnya tanpa menjejaskan isi di dalamnya. Tujuannya mempercepatkan kelembapan memenuhi ruang benih dan seterusnya benih bercambah dengan cepat.

2. Skarifisasi secara kimia - Menggunakan bahan kimia untuk mempercepatkan kulit keras bertukar menjadi lembut dan pecah. Ianya mempercepatkan benih bercambah seperti menggunakan sulfuric asid.

3. Skarifisasi air panas - rendam benih terpilih pada air panas pada suhu 212 F sehingga air menjadi sejuk dan semai benih tersebut secepatnya. hanya benih terpilih sahaja yang sesuai menggunakan kaedah ini. Sila maklum ya.

Antara benih yang sesuai menggunakan teknik di atas ialah seperti benih bunga morning glory, artichoke, kekacang, hyacinth, benih canna, crap apple, benih pokok oak, Pistachio, camillia sinensis dan lain-lain.

PERCAMBAHAN MELALUI TEKNIK STRATIFIKASI

Teknik kedua pula ialah dikenali sebagai teknik stratifikasi atau stratification. Kaedah ini boleh digunakan untuk percambahan sesetengah benih yang bersesuaian. Majoriti pembaca menggunakan teknik ini untuk menyemai benih bunga atau sayuran.

Dalam kaedah ini benih akan disimpan bersama media terpilih ke dalam satu bekas dan disejukkan ke dalam peti sejuk dengan tempoh-tempoh tertentu. Sesudah cukup tempoh yang dikehendaki bolehlah dikeluarkan dan direhatkan selama 2 hari, kemudian disemai seperti biasa.

Proses percambahan mengikut teknik ini juga boleh dibiarkan benih di dalam peti sejuk hingga berakar. Pastikan media yang disimpan di dalam peti sejuk tersebut tidak mengalami kekeringan. Spray jika media kering dan wajib dilihat senantiasa jika benih sudah berakar atau belum. Jika akar sudah keluar dari benih bolehlah keluarkan dan tanam. Bagi benih yang hanya disejukkan dalam tempoh tertentu bolehlah rujuk petikan diatas.

Boleh menggunakan media seperti perlite, vermiculite, peatmoss, cocopeat atau pasir yang dibasahkan. Boleh juga menggunakan media campuran bersama di atas. Masukkan contoh-contoh media di atas ke dalam plastik berzip log dan masukkan benih ke dalamnya. Spray media dalam plastik berzip log hingga lembab atau hampir basah dan zipkan plastik serta masukkan ke dalam peti sejuk di bahagian sayuran.

Lazimnya benih bersaiz sederhana sesuai digunakan kaedah semaian ini seperti benih fennel, swiss chard, strawberry dan sebagainya.

PERCAMBAHAN MELALUI TEKNIK RENDAMAN

Kaedah rendaman juga salah satu kaedah terbaik dalam mempercepatkan cambahan benih dan mendapatkan jumlah percambahan benih yang tinggi. Kaedah rendaman benih hanya menggunakan air paip biasa kira-kira 30 minit hingga 3 hari bergantung kepada jenis benih yang direndam.

Tujuan rendaman benih ialah agar benih menjadi lembab dan bersaiz berkali ganda dari yang asal bagi mempercepatkan benih bercambah bila ditanam kelak. Antara benih yang sesuai dicambahkan melalui rendaman ialah benih kacang pea, buncis, benih herba, jagung, tomato dan sebagainya.

Tidak semua teknik di atas sesuai untuk semua benih. Oleh yang demikian pembaca harus melihat ciri-ciri benih terlebih dahulu sebelum mencuba 3 kaedah di atas agar dapat mengurangkan masalah kerugian pada diri sendiri. Terdapat benih yang boleh disemai secara langsung tanpa menggunakan kaedah di atas seperti semua benih sawi dan benih bayam. Teknik atau kaedah di atas boleh diaplikasikan kepada benih yang agak sukar bercambah khususnya benih dari luar negara. Jadi apa yang dirisaukan lagi, teknik percambahan sudah dikongsi kepada semua... jomlah menanam benih sayuran untuk kesihatan keluarga kita.

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express