Pejam celik, pejam celik, cuti sekolah rupa-rupanya dah nak habis!
Tinggal beberapa hari saja lagi untuk ibubapa yang nak menjemput anak balik ke rumah dari kampung ataupun beli persiapan dan kelengkapan sekolah.
Baju sekolah jenama Wak Doyok
Tengok jelah mana-mana pasaraya atau mall, mesti penuh dengan mereka yang masih mencari uniform sekolah anak-anak.
Kalau dulu-dulu, orang suka cari ikut brand. Kononnya lebih berkualiti. Tapi lagi hebat nama brand, lagilah mahal harganya.
Apa kata korang cuba beli baju sekolah jenama Wak Doyok ni pulak.
Menariknya, baju ni ada potongan slim fitdan diperbuat daripada kain gred A dari Jepun. Wow!
Dan katanya 100% bumiputera, tapi tak pasti sama ada maksudnya dimiliki atau diperbuat oleh bumiputera.
Wak Doyok ikon fesyen
But seriously, siapa je tak kenal Wak Doyok ni. Daripada penampilan diri pun kita boleh katakan dia ni sebagai ikon fesyen juga.
Dengan gaya jambangnya, selalu menggayakan suit dan seluar slim fit, Wak Doyok ni antara anak tempatan yang berjaya meletakkan dirinya dalam arena fesyen kita.
Stylo kot Wak Doyok ni! Kadang-kadang kalau tersilap tengok, rasa macam A.Galak yang berlakon cerita Gerak Khas tu.
Boleh ke pakai ‘slim fit’ ke sekolah?
Rata-rata netizen terkejut juga dapat tahu selebriti ni keluarkan jenama sendiri untuk uniform sekolah.
Tapi boleh ke potongan slim fit digayakan ke sekolah? Risau nanti ada yang kena kejar dengan cikgu disiplin.
Tapi ada je orang yang support usaha ni. Genius je yang boleh terfikir nak buat something like this.
So korang rasa nak belikan ke tak uniform sekolah cap Wak Doyok?
Admin takut budak-budak sekarang bukan takat pergi sekolah je, tapi tumbuh jambang dengan misai macam Wak Doyok. Kahkah, dah kena jual pomade kat sekolah nanti.
SUMBER : Ohsem Media