Mak ayah selalu pesan jangan mudah percaya dengan individu yang baru kita kenal.

Kata mereka tak semua individu mempunyai budi pekerti yang mulia walaupun muka macam ustaz atau ustazah..hurm betul jugak tu.

Menurut perkongsian Ardie Shahrel di facebook, kejadian ini terjadi di Indonesia lebih tepatnya berlaku di rumah Allah iaitu di Masjid Al-Istiqomah Antasari, Samarinda Ulu di Kalimantan Timur.

https://youtu.be/Q4lnqnxjeHg

Dalam video berdurasi lebih 3 minit itu memaparkan lelaki yang memakai kopiah putih tersebut memasuki ruangan solat wanita  sambil tangannya memegang sesuatu seakan-akan kayu.

Dikatakan lelaki itu menumpang tidur di Masjid Al-Istiqomah Antasari beberapa hari kerana kehabisan duit.

Dalam video tersebut jelas yang lelaki itu bertindak memukul wanita berkenaan yang sedang menunaikan solat dan cuba mencuri tas tangan wanita tersebut.

Pukul Wanita Ketika Sedang Solat



Wanita berkenaan dilihat tetap cuba melawan walaupun dipukul dengan kayu beberapa kali.

Memukul Mangsa Berkali-kali Kerana Melawan



Cuba Mencuri Tas Tangan Mangsa



Bagaimanapun lelaki tersebut dilihat gagal mencuri tas tangan wanita tersebut sebaliknya  bertindak melarikan diri selepas mangsa dilihat melawan…tau pun takut!

Dipercayai lelaki tersebut masih bebas, kerana masyarakat tempatan masih mencari lelaki tersebut.



Rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki tersebut kerana bukan sahaja tidak kenang budi setelah diberi tumpang tidur di masjid tetapi juga bertindak memukul wanita yang sedang solat dengan niat untuk mencuri barangan wanita tersebut.

Kenapa s*tan Dibiarkan Masuk Dalam Masjid?



Kafir Pun Tak Buat Cam Tu



Cari Sampai Dapat



Kenapa la tergamak sampai nak memukul wanita itu, kalau pun terdesak nak duit banyak lagi cara lain…aishhh!

SUMBER : Hangat News