Bila kita dengar kejadian lemas secara tiba tiba mesti ada di antara orang kita akan kaitkan ‘hantu air’. Mengapa hantu pula dikaitkan? Selalunya mereka pelik bagaimana seseorang yang handal berenang boleh lemas.

Trag3di lemas di dalam Malaysia ini boleh dikatakan hari hari ada terutama pada musim hujan.

Rakaman video dibawah menunjukkan sekumpulan lelaki sedang menjala atau mencari ikan pada waktu malam. Kejadian tersebut dikatakan berlaku di luar negara.

Ketika sedang menarik jala secara tiba tiba salah seorang rakan mereka jatuh ke dalam sungai dan terus hilang. Kesemua panik dan mereka terjun untuk mencari dan akhirnya jumpa.

Ketika kejadian itu, kebetulan salah seorang dari mereka sedang merakam video dan ketika mereka melihat semula rakaman video tersebut, mereka ternampak sesuatu ketika kejadian rakan mereka jatuh ke dalam sungai.

Kami sediakan 3 Video untuk anda tonton. Lihat dengan teliti.

Video Pertama

https://youtu.be/3DxQHJnqMo0

Video Kedua

Rakan mereka berjaya menyelamatkan lelaki tersebut tetapi lelaki tersebut tidak sedarkan diri.

https://youtu.be/E-QlPjHlHyQ

Video Ketiga

Rakaman ini yang buat ramai jadi seram sejuk. Video ini telah difokuskan kerana mereka perasan ada sesuatu yang menarik rakan mereka.

https://youtu.be/gEm6JyRmbR4

Adakah Hantu Air?

Adakah wujud hantu air? Selalunya pasti ada penjelasan saintifik tentang apa yang terjadi tetapi kita sebagai umat Islam mesti akur bahawa Allah SWT telah bagitahu bahawa selain manusia terdapat juga jin dan syaitan di kalangan kita.

Bila ditanya kepada ustaz benarkah wujudnya Hantu? Kebiasaan para ustaz akan menjawab hantu tiada tetapi Jin dan Syaitan memang ada.

Wallahualam

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express