Menurut dakwaan, bahan api tersebut dikatakan telah bercampur dengan air menyebabkan berlakunya kerosakan pada kenderaan yang mengisi minyak di stesen tersebut.
kejadian kereta isi minyak petrol rupanya diesel, lokasi di Petronas Solaris Serdang. lebuhraya BESRAYA. Punca Video: Whatsapp Group pic.twitter.com/cql77leidC
— Mohd Shazlan B Sh Md (@Md_Shazlan) December 28, 2018
lebih 20 kereta tersadai lepas isi minyak di Petronas. kenapa ni? Petronas area mana? pic.twitter.com/ycZgV5gvrs
— Deyyy! (@ohbangselebu) December 28, 2018
Susulan itu, syarikat Petronas telah tampil mengeluarkan kenyataan maaf melalui laman twitter rasminya kepada lebih kurang 20 buah kenderaan yang terlibat.
[read more=”Continue Reading” less=”Read Less”]
Menurut Petronas, berdasarkan penilaian awal yang dilakukan oleh pihak mereka, kejadian tersebut dikatakan berpunca daripada kecuaian operasi pengendalian di stesen tersebut sahaja dan tidak melibatkan stesen Petronas lain. Justeru itu, stesen minyak Petronas Solaris telah ditutup buat sementara waktu.
Petronas mengambil serius berkenaan isu ini dan berjanji akan melakukan siasatan terperinci. Pihaknya juga akan bertanggungjawab dengan memberi pampasan yang sewajarnya kepada semua pelanggan yang terlibat.
Merujuk kepada insiden di Stesen PETRONAS Solaris Besraya pada pagi ini.
Kami mengambil serius terhadap perkara ini dan memohon maaf kepada semua pelanggan di atas kesulitan yang berlaku. pic.twitter.com/7bV2lgREu0
— PETRONAS Brands (@Petronasbrands) December 28, 2018
SUMBER : Siakap Keli
[/read]