Tiga hari lepas adalah hari kelahiran keputeraan, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor.

Oleh itu, ramai rakyat Johor tidak melepas peluang untuk memberi ucapan kepada Tunku Idris, tidak terkecuali memberi ucapan adalah Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.

Syed Saddiq telah memuat naik ucapan selamat hari lahir ke-31 kepada Tunku Idris melalui Twitter. Ketua Armada Bersatu itu telah menulis,

“Happy Birthday Tunku Idris, Patik will always pray for Tunku and Tunku family’s wellbeing!”



Syed Saddiq dan Tunku Idris



Leave my family alone, dude!

Namun selepas beberapa jam memuat naik status tersebut di Twitter, abang kepada Tunku Idris, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail telah membalas Tweet daripada Syed Saddiq.

Apa yang menarik perhatian rakyat adalah, apabila TMJ telah memberi balasan komen berbaur sinis kepada Ahli Parlimen Muar itu, dengan menulis:

Please.. do what you want. Just leave my family alone and save your sucking up for other people.



TMJ padam komen, SS jawab

Namun setelah membalas komen daripada Syed Saddiq, TMJ dilihat telah memadamkan Tweet tersebut. Syed Saddiq juga telah membalas komen daripada TMJ, dengan menulis bahawa doanya sentiasa untuk Tunku dan keluarga, selamanya.



Mentaliti kena kuat YB!

Selepas balasan komen antara Syed Saddiq dan TMJ tular di Twitter, netizen telah mula meninggalkan komen, menasihati Syed Saddiq supaya kuatkan mentaliti sebagai menteri, dan teruskan berkhidmat untuk rakyat.

Mereka turut meminta Menteri Belia dan Sukan itu pedulikan sindiran sinis orang ramai.





TMJ merajuklah tu, SS tak wish besday TMJ pun…

Ada juga netizen yang menyifatkan, kemungkinan TMJ merajuk kerana Syed Saddiq tidak mengucapkan ucapan selamat hari lahir kepada TMJ.

Namun bagi netizen, TMJ berkemungkinan tidak berpuas hati dengan hasil perkhidmatan Syed Saddiq sebagai ahli parlimen Muar.





SUMBER : Twitter Syed Saddiq