PERBUALAN Whatsapp di antara Linda Rafar dan Zizan Razak berhubung isu kononnya pelawak itu memperlekehkan kerjaya seorang jururawat yang dimuat naik anggota kumpulan Elite itu mengundang kecaman dalam kalangan netizen.
Penggunaan ayat ‘not our level’ (bukan taraf kita) oleh Zizan dalam perbualan mereka menyebabkan pelakon filem Polis Evo 2 itu teruk dihentam netizen yang menyifatkan kenyataannya itu biadab.
Pun begitu Zizan menjelaskan ayat tersebut sebenarnya bukanlah ditujukan kepada kerjaya seorang jururawat sebaliknya ingin menggambarkan individu yang bersikap bodoh sombong.
“Assalamualaikum saya ucapkan kepada jururawat yang berada di seluruh Malaysia.
“Dalam isu ‘not our level’ saya tidak merujuk pada pekerjaan ya… Yang saya sampaikan ialah perangai bodoh sombong.
Kenyataan Zizan dan Linda di Instastory masing-masing.
“Jadi tak kisah apa bentuk pekerjaan pun, yang bodoh sombong dia bukan taraf saya termasuk juga rakan artis,” katanya menerusi InsTastory.
Isu tersebut kecoh apabila Linda memuat naik mesejnya dengan Zizan di Instastorynya sebagai tanda terima kasih terhadap sokongan pelakon itu terhadap dirinya dan keluarganya.
Linda sebelum itu melahirkan rasa kecewa terhadap sekumpulan jururawat di sebuah hospital di Shah Alam yang didakwa memberi layanan buruk apabila permintaannya untuk menukar cadar katil ibunya tidak diendahkan.
Dalam pada itu, Zizan berkata, dia tidak dapat berbuat apa-apa apabila ada yang memanipulasi kenyataannya itu dan meminta mereka bertemu dengannya di akhirat kelak.
Linda mengakui tidak sepatutnya memuat naik perbualannya dengan Zizan di Instagram.
“Dan kepada yang cuba memanipulasi kenyataan saya, terserah. Jumpa di akhirat kelak,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Linda menerusi Instagramnya pula mengakui tersilap apabila memuat naik perbualan mereka di Instagram dan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.
Linda turut meminta maaf bagi pihak Zizan dan menjelaskan apa cuba disampaikan pelakon itu hanyalah tentang sikap individu yang bodoh sombong dan bukannya menghina pekerjaan jururawat.
“Linda nak minta maaf bagi pihak Zizan. Maksud sebenar Zizan ialah mereka yang berperangai bodoh sombong.
“Linda akui yang tersilap post perbualan peribadi. Sepatutnya tak patut berlaku. Niat Zizan sangat baik, dia nak beri semangat pada Linda dan keluarga,” ujarnya.
SUMBER : Coleteh News