Saban hari, ada sahaja perkara yang dilakukan oleh jutawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Aliff Syukri yang dilihat menarik perhatian para pengikutnya khsusunya di laman Instagram.

Beberapa jam yang lalu, pengasas produk D’Herbs itu sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila memuat naik sebuah video pendek di laman Instagramnya.




Seperti biasa, video yang berdurasi 50 saat itu telah menyebabkan laman Instagram penyanyi lagu Bobo Di Mana tersebut dibanjiri dengan komen daripada netizen.

Kenapa Mop Batu?

Rata-rata, kebanyakan pengikut Aliff Syukri menyangkan bahawa dia akan mengemop lantai namun ternyata bapa kepada 6 orang anak itu dilihat berkali-kali mengemop batu yang terdapat di halaman rumahnya itu.



Boleh Sesiapa Terangkan Dekat Aku, Kenapa Dia Mop Batu?



Saya Tak Boleh Brain



Saya Mop Lah

Apabila disoal oleh salah seorang pengikutnya , Aliff Syukri hanya menjawab yang dia sedang mengemop batu tersebut.



Kenapa Tak Sembur Dengan Air, Lagi Senang



Kenapa Tak Guna Mop Yang Spin Tu, Dato’? Tak Payah Susah Perah



Sangat Mendalam Mesej Dato’ Dalam Video Ni

Namun begitu, terdapat beberapa orang pengikut Aliff Syukri yang dilihat seolah-olah memahami apa sebenarnya mesej yang ingin disampaikan oleh jutawan kosmetik tersebut melalui video yang telah dimuat naik olehnya itu.



Banyakkan Bersabar Ya Dato’



SUMBER : IG Dato’ Seri Aliff Syukri