Dalam risalah pelancongan, negara-negara digambarkan seperti ‘syurga’ dan gambar-gambar yang ditunjukkan begitu luar biasa. Tetapi kadang-kadang pemandangan yang indah tetapi realitinya tidak seindah yang disangka.
Kami bukan mahu mengecewakan anda sebelum anda pergi bercuti, kami hanya mahu membongkar mitos-mitos mengenai tempat-tempat terkenal untuk membantu anda bersiap sedia.
#1. Christ the Redeemer, Rio de Janeiro
Patung Christ the Redeemer di Rio de Janeiro sebenarnya tidak lebih besar daripada Statue of Liberty. Ketinggian patung yang terletak di Brazil tersebut hanya 124 kaki dan tapak Statue of Liberty adalah lebih tinggi iaitu 153 kaki. Ketinggian penuh Statue of Liberty adalah 305 kaki.
#2. Lokasi penggambaran Game of Thrones di Dubrovnik, Croatia
Jika anda seorang penggemar drama bersiri Game of Thrones dan anda mahu melawat Dubrovnik untuk menikmati pemandangan tempat penggambarannya, bersiap sedia untuk menghadapi orang ramai, terutama pada musim panas. Kerajaan juga telah memutuskan untuk menghadkan bilangan pelawat kepada 4,000 orang sehari untuk melindungi bandar bersejarah itu.
#3. Piramid, Mesir
Apabila kita mendengar “piramid Mesir” kita membayangkan padang pasir yang luas, matahari yang terik, unta, dan ciri-ciri Mesir yang lain. Kita tidak dapat membayangkan bahawa tempat ini sangat dekat dengan sebuah bandar tetapi sebenarnya adalah piramid terletak di pinggir Kaherah.
Selain itu, terdapat ramai penjual jalanan dan penduduk tempatan yang licik yang benar-benar boleh merosakkan tanggapan anda terhadap bandar purba ini.
#4. Buaian yang terletak di penghujung dunia, Banos, Ecuador
Buaian yang terkenal di penghujung dunia terletak di Ecuador adalah contoh yang baik yang membuktikan bahawa semuanya bergantung pada sudut yang betul. Apabila anda melihat gambar-gambar yang luar biasa ini, nampaknya seperti terdapat gaung di bawah kaki anda tetapi sebenarnya ada bukit yang curam.
#5. Park Güell, Barcelona
Hampir setiap risalah menunjukkan kepada anda keindahan rumah gingerbread yang terletak di Barcelona. Mereka yang belum pernah ke Catalonia mungkin berfikir bahawa bandar ini penuh dengan rumah-rumah kecil yang cantik.
Tetapi anda hanya berpeluang untuk melihatnya di Park Güell. Berita buruknya, hanya terdapat dua buah rumah gingerbread dan anda perlu menunggu di barisan yang panjang dan membayar €8.5 (RM42) untuk masuk ke dalam.
#6. Spanish Steps, Rome
Anda tidak akan berpeluang untuk berlari menuruni tangga sambil memegang tangan pasangan anda. Anda akan benar-benar bertuah jika anda dapat mencari tempat untuk duduk di tangga tersebut. Adakah itu yang anda impikan?
#7. Chizhik-Pyzhik, Saint Petersburg, Rusia
Patung burung yang terletak di Saint Petersburg akan sangat mengejutkan anda dengan … saiznya. Tidak ramai pelancong tahu betapa kecil saiznya! Tetapi jika ia lebih besar, semua orang akan berjaya membuang duit syiling di atas tapaknya dan menurut masyarakat tempatan semua mimpi akan menjadi kenyataan.
#8. Maldives
Maldives bukan hanya mengenai langit biru, laut yang berkilauan, dan pasir putih yang halus. Ia juga mengenai Thilafushi, pulau buatan yang bertindak sebagai tempat pengumpulan sampah yang luas.
Pulau ini digunakan untuk mengumpul semua sampah yang ditinggalkan oleh pelancong. Jabatan alam sekitar mengatakan bahawa lebih daripada 330 tan sampah dibawa ke Thilafushi setiap hari! Pada tahun 2011, kerajaan melarang pengangkutan sisa sampah ke pulau itu untuk sementara waktu. Kini, sekitar 1,000 orang tinggal di sana.
#9. Istana Versailles, Perancis
Istana Diraja Perancis ini mempunyai 2,300 bilik, 67 tangga, dan 5,210 buah perabot. Istana ini terkenal dengan cermin di dewan. Jangan berfikir tentang mengambil gambar yang indah di tengah-tengah Dewan Cermin yang indah. Anda tidak akan mempunyai peluang untuk mengambil swafoto: tempat ini sangat sesak – anda hanya akan bersesak dengan “aliran” orang.
#10. Stonehenge, United Kingdom
Jika anda berfikir bahawa Stonehenge terletak di tempat yang jauh dan misteri, anda benar-benar salah. Terdapat lebuh raya yang mungkin akan merosakkan idea anda tentang bagaimana ia kelihatan.
#11. Taj Mahal, India
Di internet, terdapat jutaan gambar Taj Mahal yang indah yang dikelilingi oleh pemandangan yang luar biasa. Malangnya, ia terletak berhampiran tempat pembuangan sampah yang luas.
Dahulu ia merupakan tempat yang terkenal untuk pelancong, tetapi kawasan ini kini menjadi rumah bagi anjing, nyamuk, ular, dan burung hantu, dan kini secara serius merosakkan keindahan pemandangan ‘Monumen Cinta’ ini.
SUMBER : Brightside