HANYA dengan berkongsi kisah dan video kucing peliharaannya di laman Instagram, siapa sangka kucing milik pengasas produk D’Herbs Datuk Aliff Syukri lebih popular daripada sesetengah artis yang ada di Malaysia!

Sekiranya anda antara pengikut Instagram @kucingajaib, anda akan melihat betapa video-video yang dimuatnaik amat menghiburkan!

Manakan tidak, melihat aksi bersahaja Datuk Aliff cuba menjinakkan Dodi sangat melucukan kerana sifat kucing itu sendiri dilihat agak agresif dan sukar dijinakkan.

Antara Aksi Lucu Aliff Syukri Menjinakkan Dodi



Malah beliau beberapa kali telah dicakar haiwan itu namun belum pernah mengalami luka yang serius.

Dikatakan Dodi merupakan kucing import yang dibeli dengan harga RM30 ribu.

Malah dalam satu kenyataan Datuk Aliff memberitahu dia membeli haiwan eksotik itu bukan kerana nak menunjuk-nunjuk tetapi dek kerana minat sehingga sanggup menyimpan duit untuk memilikinya.

Di satu sisi, beliau pernah menyuarakan rasa kesalnya apabila ada pihak mendakwa dia membela Dodi tanpa permit yang sah.

Kisah Dodi semakin menjadi perhatian netizen apabila pengusaha yang popular dengan tagline ‘Terlajak Laris’ ini bercadang untuk menjual kucing tersebut yang kini berusia dua tahun dengan harga RM50 ribu bersama permit.

Ini kerana, dikatakan kucing tersebut menjadi semakin agresif selepas melalui satu pembedahan luka sehingga sukar dijinakkan biarpun dibantu tiga orang sukarelawan.

DODI HILANG ???



Aliff Syukri muat naik 1 status di instagram rasmi beliau @aliffsyukriterlajaklaris meminta tolong orang ramai untuk mencari kucing beliau Dodi kerana terlepas dari jagaannya.

Hilang dari semalam Berpunca dari pekerja saya yg cuai dan tak bertanggungjawab…. ya allah kau selamatkan kucing aku dodi dan kau jumpakanlah kucing aku… perhatian kucing afrika milik saya hilang dan terlepas di area rumah saya di sekitar kota damansara.. sesiapa yg nampak sila wussp ‭atau call 012 409 2865‬ kerana membayakan org awam.. sy dah tel perhilitan .. sila infom kawan korang yg dok area kota damnsara



Punca dari kecuaian penjaga dodi jika menurut dari Dato Aliff Syukri. Mohon jika ternampak kucing tersebut jangan cuba menangkap kerana ini bukan kucing biasa dan ia agak merbahaya. Lebih elok samada hubungi nombor yang tertera di atas atau hubungi pihak Jabatan Haiwan atau Pihak Bomba untuk bantuan.

Video Aliff Syukri Bersama Dodi: