KUALA LUMPUR: Video selama satu minit yang didakwa dirakam oleh penumpang pesawat Lion Air JT610 yang terh3mpas di perairan Karawang, Jawa Barat, Indonesia adalah tidak benar.
Sebaliknya, sebuah portal berita Indonesia melaporkan, video berkenaan adalah rakaman oleh penumpang pesawat Lion Air JT 353 dari Padang menuju Jakarta beberapa tahun lalu.
Terdahulu, media melaporkan sebuah video selama satu minit yang menjadi viral, menunjukkan sekumpulan penumpang menjerit dan melaungkan takbir selain beristighfar dalam keadaan kabin gelap.
Buat beberapa ketika, video terbabit turut menunjukkan keadaan di luar pesawat yang agak kabur dan terdapat beberapa gegaran kecil sepanjang seminit visual berkenaan.
Bersama video itu, video operasi Agensi Bencana Nasional Indonesia (BASARNAS) selama seminit 27 saat turut diviralkan.
Video terbabit menunjukkan agensi berkenaan menemui serpihan pesawat bersama cebisan badan manusia dipercayai milik penumpang berkenaan.
Pesawat JT610, penerbangan ke Pangkal Pinang di Pulau Bangka Belitung, Indonesia itu dilaporkan terputus hubungan selepas 10 minit berlepas.
Pesawat itu sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Pangkal Pinang jam 7.10 pagi waktu Indonesia barat (8.10 pagi waktu Malaysia).
Kementerian Luar mengesahkan setakat ini tiada rakyat Malaysia terbabit dalam nahas berkenaan.
Berdasarkan kenyataan, Kementerian Luar hari ini, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sudah menghubungi pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan butiran terperinci mangsa yang terbabit dalam tragedi itu.
SUMBER : Berita Harian
Video Tentang Asal Usul Rakaman
https://youtu.be/Vc42-pLXSrw
Ramai yang kongsi video ini tanpa periksa asal usul. Bukan sahaja ini memalukan tetapi yang kongsi video tersebut tidak peduli tentang sensitiviti keluarga yang sedang berduka sekarang.